Friday, January 7, 2011

DUN Tenang...di mana Tenang nya


Kita nak juga lihat Chua Soi Lek punya pendirian di dalam PRK DUN Tenang di Labis kali ini..adakah beliau  benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan Barisan Nasional atau Chua Soi Lek ada agenda yang tersembunyi kali ini.

Kita tahu bahawa Chua Soi Lek bukan lah pejuang Rakyat Malaysia secara keseluruhannya..kerana beliau adalah pejuang untuk kaum Cina sahaja. Kita pun rasanya tidak boleh mengharap peratusan pengundi Cina di DUN Tenang meningkat kerana sudah ada unsur-unsur ke cinaan telah di bawa ke dalam DUN tenang oleh DAP dan MCA tiada bantahan langsung.

Kepada pengundi MELAYU di DUN Tenang tidak kira lah apa fahaman POLITIK ANDA...demi survival POLITIK MELAYU beramai-ramailah keluar mengundi di hari pengundian nanti..dan di dalam PRU13 kalau anak si Chua Soi Lek itu masih bertanding TOLAK lah dia secara terang-terangan.

Thursday, January 6, 2011

MELAYU


Jika tidak tahu menghormati hak dan kuasa DYMM Sultan di dalam bidang kuasa Baginda bagaimana mahu memimpin bangsa dan Negara ini. Kalau dah boleh mengatakan bahawa DYMM Tuanku Sultan tidak bercakap benar ini bermakna anda mengatakan DYMM Tuanku Sultan berbohong..adakah apabila DYMM Tuanku Sultan memberi penjelasan yang sebenarnya di anggap sebagai berbohong?..atau..adakah Khalid sebenarnya yang berbohong...atau juga sebenarnya Khalid telah tersalah percaturan politiknya...atau...adakah ini adalah sandiwara DAP yang Khalid terpaksa akur?....

Kepada PKR Selangor cukup-cukuplah bermain sandiwara dan wayang Opera Cina...semakin banyak anda membuat onar semakin terserlah kebiadapan anda...semakin terserlah kebiadapan anda semakin nampak anda adalah PUPPET DAP...suatu masa dahulu DAP telah memperkudakan Kaum India di Selangor untuk kepentingan DAP..apabila Kaum India di Selangor telah mula sedar akan kebiadapan DAP maka DAP tiada cara lain dari memperkudakan Melayu PKR pula sekarang ini..

Rasanya sudah sampai masanya PKR Selangor membuat undi tidak percaya terhadap Khalid selaku Menteri Besar Selangor dan sudah sampai masa dan ketikanya PKR Selangor melantik Azmin Ali yang lebih berkaliber menjadi Menteri Besar Selangor..malah jika Azmin Ali di lantik menjadi Menteri Besar Selangor isu-isu yang remeh temeh ini tidak akan berlaku..Azmin layak menyandang jawatan Menteri Besar tersebut ini kerana Azmin juga telah lama mengidamkan jawatan tersebut.

Sekalung ucapan tahniah saya dahulukan kepada Azmin Ali yang akan menyandang jawatan Menteri Besar tersebut dan juga sekalung tahniah juga kepada Rakyat Negeri Selangor kerana anda akan mempunyai seorang Menteri Besar yang akan boleh di guna pakai oleh DAP untuk menjahanamkan kemakmuran Negeri Selangor di masa hadapan..sebenarnya walau siapa pun pemimpin Melayu PKR yang akan meneraju Selangor ianya tetap akan menjadi kuda tunggangan DAP malah akan menjadi Anjing belaan DAP untuk menjahanamkan ISLAM dan INSTITUSI DI RAJA di Selangor itu..

Selagi Ronnie Liu, Terresa Kok dan beberapa lagi orang kuat DAP yang menjadi Tok Dalang dalam pementasanWayang Kulit Selangor itu selagi itulah hak dan keistimewaan MELAYU, ISLAM dan RAJA  itu akan di usik..makanya jika anda adalah seorang MELAYU yang waras anda akan faham dan akan tahu bahawa jika Hak Keistimewaan Orang Melayu , Agamanya dan Sultan nya di usik ini bermakna bahawa penghapusan etnik Melayu secara perlahan-lahan sedang di lakukan oleh DAP..ambillah iktibar bagaimana KEISTIMEWAAN MELAYU SINGAPURA di hilangkan dari genggaman MELAYU ITU..belajarlah menyayangi BANGSA MELAYU itu sendiri sebelum anda akan menyesal seperti MELAYU SINGAPURA sehingga hari ini dan sehingga bila-bila.